Tuesday, October 13, 2009

Untuk 'dia' yang tersayang,

Tadi I dihantar pulang ke kolej oleh seseorang yang amat I sayangi dunia akhirat. Seseorang yang dah banyak didik I even dulu I rasa macam benci betul asyik kena marah je.

Dalam kereta tadi banyak betul yang kami bualkan. Perjalanan 2jam setengah rasa macam sekejap je. Dari isu adik-adik punya perangai yang mengada, yang karaoke 24jam, yang tidur bawah kerusi, garu sebab malas mandi, macam-macam lagi. Macam bahagia sangat dengan keletah semua orang. Ayah kata dalam adik-beradik, I lah yang paling kecoh, paling manja, paling sensitif, dan yang paling kaki bodek. Dari isu rumah masuk pulak bab kahwin, bab kerja, bab politik. Hehe..

Kalau nak duit lebih, minta dekat ayah sebab kalau minta dekat ibu mesti dapat duit ngam-ngam je. Kalau nak apa-apa direct to the point je sebab ayah tak de masa nak dengar isi tersirat. Hehe macam nak kereta, cakap je. Nanti dapatlah. =)

Sekarang I dah explore yang ayah memang minat perfume. Dalam bilik banyak betul koleksi perfume. Untuk rumah dan kereta ayah tak lupa nak pasang AmbiPure. Segala suiz dalam rumah, dalam bilik, dalam toilet semua dilekatkan AmbiPure. Bagi wangi.

Kalau nak diikutkan, I malas memasak tetapi I rajin mengemas. Sebabnya, dari I kecil I selalu tengok ayah kemas rumah sebelum dia pergi kerja. Maksud I bukan ayah kena queen control, tapi ibu memang dah pergi sekolah awal pagi lah kan, So sifat rajin berkemas tu ada dalam diri I compare dengan adik-beradik yang lain. hehehe..

Walaupun ayah muka tegang tapi ayah baik sangat. Sporting. Kalau dulu I takut nak cakap dengan ayah tapi sekarang I bebas nak cakap apa sahaja. Ibu kata ayah muka garang tapi hati lembut.

Untuk sem baru ni, I bersemangat nak pergi kelas sebab ayah hadiahkan beg yang cantik sangat. Terima kasih, ayah. Baru tadi I peluk cium ayah sebelum dia terus ke KL, tapi sekarang I rindu sangat dekat ayah.

Selamat Hari Lahir, ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
13 Oktober 2009, 55 tahun.
Angah sayang ayah. Muah!

Ini dia dua orang yang amat I sayang. Ibu&Ayah.
Macam comel sangat ibu&ayah sekarang sebab masing-masing
berlumba syiling siapa paling banyak. =)

Monday, August 3, 2009

hujung minggu hujung rindu

Entri-entri kelmarin semua relates pasal hubungan I dengan Nai yang sudah berakhir and ramai betul yang tinggalkan offline messages and sms I tanya eh betul ke dah clash? kenapa pasal kau dengan nai ni? wei tak sayang ke dah couple lama nak clash apa kejadahnya? korang ni kejap couple kejap clash mana 1 ni? cuba fikir betul-betul jangan membabi buta je? eh babi kau buta ke? haha oh so many reaction I got from U guys, haha anyway it is motivation for me, and now we all dah berbaik semula because honestly I need him, he needs me, we need each other.
Even my mom did not side me. huhu kasihannnn angah takde guli ek (ayat Mira selalu sebut kalau time turn dia tak mati-mati masa main congkak) ehh takde kena mengena. Huhu..

Friday the 31st. The Mines, Serdang

Ok so thanks sayang sebab bawa motor dari PD ke Bangi and jemput Ain depan hostel lagi, haha bangga I then harap-harap ada budak nampak ke hape kan boleh tayang boyfriend macam yang selalu minah tu buat, tapi I tak nampak sorang pon budak kolej melainkan perempuan gemuk pakai shortpants tengah basuh baju. Eh, malu tau boyfriend I tengok lemak U! Yang kau bawa lelaki dalam hostel perempuan kenapaaaa? haha silly.

PC Fair, KLCC
1sr August 2009

So on Saturday we went to PC Fair at KLCC, at last I pergi dengan Nai je without Nabilah and Eman, entah berapa kali entah plan nak keluar berempat tapi asyik tak jadi je, tiba-tiba Eman kerja pulak kan. Harap-harap by next time dapatlah keluar berempat lagi. :)

PC Fair; what a big crowd! But I tergelak-gelak bila teringat sms I dengan ibu;

Ibu: Jadi ke kau keluar esok? Hati-hati ada demonstrasi
Ain: Jadi, demo ape lah?
- message gantung tak bertali.

Ain: Ibu, kitorang otw pi klcc tadi kat kl were like ramai gila orang kupiah tudung labuh ni, demo apekah itu wahai bunda?
Ibu: Alah diorang nak minta bubar isa, kau hati-hati siket itu tak ade otak punya orang
Ain: Haha isa tu sape pulak? Pembangkang ke? Jangan risau, yang takde otak pi demo, kami yang ada otak ni pi pc fair.. haha --- sambil bertanya kepada Nai siapakah isa and as usual message gantung tak bertali hahaha.

Ain: Nai ibu dah tak reply lah. Siapa isa tu ha? Dia ada tubuhkan parti ke hape ke apsal semua orang nak bubarkan dia?
Nai: Isa mana pulak ni? ISA lah, bukan isa haha tu lah lain kali baca paper, tengok berita bukan game, ym, blog, tido, makan, tido, makan makan makan je bla bla bla
Ain: Oh haha alah message takde suara, Ain ingat isa buaya mana ntah rupa-rupanya I.S.A

haha Kan dah rindu kat my mom, dah lah plan pi Melaka this weekend terpaksa di cancelled gara-gara H1N1 tu, tapi takpe I still boleh balik kampung lagi minggu ni and I dah plan nak ponteng kelas hari Khamis and Isnin so I boleh lama siket kat kampung kannn haha.


Ok now guess what I beli apa dekat PC Fair?
Yeah I beli catridge baru, and refill untuk printer my mom and got this stuff also;







Haha broadband! I got it for RM88/month, 10GB (NP RM108). Syok kan, tak payah I sewa internet Ah Chung tu bila I bayar internet for 1month on 7th July, 1st August dia dah disconnect. Belum cukup sebulan tahu tak si buncit kau tu duduk dalam bilik sedap ada air cond dah mewah office hour duduk bilik lagi nak mintak IP address wajib tengok perut kau dalam bilik tu lagi. Ok enough Fiqa Ain nanti Nai marah eh Ain biarlah hal dia, kita buat hal kita sudahlah. Haha ye lahhhh. But wait, kenapa Digi? sebab Digi always the smarter choice. hahaha

It's time to go back to my college on Sunday evening, thanks Bau Ren and K.Aini sebab let us stayed there and so now I rindu dengan Amni. Lupa nak ambil gambar dengan dia

Inilah dia Amni Afiqah Promwet.
Tapi ni gambar lama dah Amni still baby. Nanti anak I pon nak letak nama Siam jugak barulah
nampak unik kan (tu kalau bapaknya Siam lah) haha


I bawa Nai jalan-jalan di Taman Tasek Cempaka, Bangi sebab penat betul travek naik motor dari Damansara Damai ke Bangi kan, so chill di sana sekejap oh dan muka tua I terserlah sangat time ni. Dah lah kantoi naik moto tak jejak sebab bonzai. gagagaga

Anyway credit to my sayang sebab jemput dan hantar I,
teman I beli barang, teman I makan dan semua-semua lah.
And now I miss U, in two weeks time baru boleh jumpa lagi kan,


p/s: Now siapa kata naik motor bosan? taklah, lagi seronok tau.
p/s/s: Dalink I tengah cuti seminggu coz of the PoliPD got H1N1 case. College I bila lagi?




Monday, July 27, 2009

on July 26, 2009






Kebanyakan gambar yang sama dalam Facebook dan Friendster.
Nak ambil gambar banyak-banyak ada orang cakap, ni kan majlis orang takkan kita pulak yang over. Ok so harus diam sekarang.

Selamat Pengantin Baru, Emi.
Nama bini dia Ain juga, cheh cheh haha

How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard


mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita sedari..
mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti..
mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam,
barulah kita tahu seberapa besar makna dan
erti seseorang bagi kita.


~ Happy 4th NAIN Anniversary ~
Thanks for always be by myside for the better or for the worse in my life.


p/s Anni kali ni cuma dinner kat tepi jalan je, syok jugak sebab dapat hidu asap kereta. haha
Maybe this week got wonderful outing. Hope so.

Wednesday, July 22, 2009

Vintage thing I have.



Saat aku rindu pada kekasih, selalunya aku akan selongkar segala kenangan-kenangan bersama even bangle yang beli dekat PD yang dah tak nampak tulisan tu pon aku tatap 10minit. haha sangat lame gila dowh buat macam tu then my mom always said that i am that kind of gila meroyan macam perempuan mati laki. Noooo that's too bad ok but now I just discover the most vintage memories that we have. It is the letters. Yeahhh surat-surat bodoh macam zaman dolu-dolu guna burung sebab tak ada telefon, and so do we, guna surat sebab tak ada handphone. U see the date?! Yes it's on 2003. Kan vintage gila ayat pon skema gila kan, tulisan pon ikut style terbaaik punya. We get through the letters for about 1 years sampai masing-masing ada handphone on Form4. Hehe so I tak nak bebel panjang-panjang sangat sebab hari ni hari Khamis so esok Jumaat, then Sabtu and Ahad I ada date dengan kekasih, hehe.

Kalau tak kerana program ni, sumpah I tak kan kenal kekasih I. :)
And still, other group members mesti impressed plus surprise plus whatsoever bila dapat tahu kami still berhubung lagi :))


p/s: Wedding ceremony cousin I Ahad ni, sama tarikh anniversary Nain. hehe




Sunday, July 19, 2009

Ujian JPJ Bahagian 2 dan 3.

Fyi, I punya JPJ test will be on this Wednesday by mean its on 22th July. Ayuhaiiii kenapa cepat sangat, I terkontang-kanting lagi ni. Huhu tapi takpe harus kuatkan semangat, orang lain boleh, so I pon mesti boleh jugak kan. Hehe..

So U guys harus doakan kejayaan I, sebab I dah pernah failed Bahagian 1 yang memalukan tu dan untuk Bahagian 2 dan 3 I harus lulus sebab dalam sejarah family I, semua orang pun buat sekali je. Takde 2 3 kali. Haha my mom yang takut nak bawa kereta sampai sekarang ni pon dia buat test JPJ sekali je dah lepas.. haha! Plus, duit I ngam-ngam je ni so kalau failed, pokai la eden. Plus, I dah malas nak ke SKEM tu. Jauhhhhhhhhhh. Plus, I dah tak nak berhadapan dengan cikgu yang baik hati nak belanja I tengok wayang, karaoke, naik Genting tu lagi.

Untuk menyiapkan diri I dengan hari tersebut, I dah buat 1 nota ringkas, haha

-- 1 Laraskan seat. 2 Betulkan cermin. 3 Pakai seat belt. 4 Free gear, start enjin. 5 Signal
-- Bila nak keluar SKEM, jangan lupa berhenti dekat simpang, free gear & tarik hand break.
-- Harap-harap tak banyak kereta masa kat jalan.
-- Harap-harap masa nak pusing tak ada kereta.
-- Harap-harap tak mati enjin.
-- Bila traffic light merah, berhenti dan free gear dan tarik hand break.

-- Buat bukit so far so good, harap-harap ok jugak.
-- Tengok tayar, free gear, tarik hand break BARU BOLEH ANGKAT TANGAN.

Dan yang paling I risau adalah parking durjana ni. Kenapa SKEM atas bukit......!!!
Dan dan dan harus bawa t0yol masa hari test. Haha peduli apa.



Wish me luck, guys! ;)


Malam tadi I dinner kat Taman Warisan, Putrajaya.
Sayang, I ada port mee bandung yang sedap selain kat PD.
Nanti kita pergi sini ok.
U, thanks for the dinner. ;)

Thursday, June 25, 2009

26th;

gambar lama gila rambut still pendek

Kenangan Lalu Mampukah Di Beri Nafas Baru?

26th June 2009
~ Happy 49th Nain ~

Sunday, June 21, 2009

Kenangan Paling Segar Bersama Ayah

1. I patah gigi hitam masa berumur 5 tahun tauu waktu tu naik motor 4 orang, I yang paling comel mestilah duduk dekat bakul diikuti ayah, Nabilah dan juga along di belakangggg sekali. Ayah langgar batu and kebetulan I tangkupkan muka dekat meter motor, haaa amik kau sekali patah gigi warna hitam tuh hahaha

2. Ayah siap tunjuk parang lagi dekat I woahh ni semua pasal I malas nak pergi sekolah masa I darjah 1. Bukan apa, I selalu buat-buat nak demam bila tiba nak pergi sekolah, ayat along yang paling I ingat "Adik ni kejap lagi mesti dia terbaring lepastu cakap sakit perutlah, demamlah, tak laratlah" haha. I bukan malas lah tapi sebenarnya I takut dengan Cikgu Mashitah ni sebab dia ganas sangat! Dia sumbat pisang dekat dalam mulut Azral sebab Azral bising dalam kelas.

3. Disebabkan I memang rajin jaga gigi semasa kecil, ayah selalu teman pergi jumpa Dentist dan pada suatu pagi Sabtu yang redup, gigi I kena cabut untuk bagi laluan kepada gigi kekal yang akan tumbuh then saat-saat I rasa bibir I macam mak aihhh besar sangat dan saat-saat gigi dicabut, ayah sentiasa ada di sisi. Last-last bila dah settle, I pelik lah kenapa ayah boleh tidur pulak dalam kereta macam tak mau balik so sekarang I dah tahu yang rupa-rupanya ayah mabuk darah.. hehe

4. Waktu I darjah 2, KFC ada permainan yang buat Tweety, Tazmanian Devil, and ape ntah lagi daripada simen. Memang fun! I dengan along dah berjaya simenkan Tweety and Tazmanian Devil ikut acuan, tengah jemur je bagi kering then dah boleh warnakan. Unfortunately, ayah baling patung tuh sebabnya dia marah lantai kat berandah tu kena simen.

5. Since I bayi, ayah tak pernah bagi kami adik-beradik pinggan/cawan/gelas plastik. Semuanya kaca so from that kami dilatih agar tidak sewenang-wenangnya memecahkan atau menjatuhkan barangan kaca/fragile. Handle with care ok!

6. Ayah juga tidak akan lupa membelikan ikan baung kegemaran saya setiap kali saya pulang bercuti, maklumlah sejak Tingkatan 1 saya tinggal di asrama. Weyh apsal skema ayat nih?

7. Kali pertama kami bercanggah pendapat adalah kerana ejaan Nenas dan Nanas. Macam dah besar sangat je nak bercanggah pendapat padahal baru darjah 1. hehe Ayah cakap NENAS tapi I cakap NANAS. Tapi sebab I rasa ayah lebih pandai, so I pun tulislah NENAS last-last I kena buat pembetulan ejaan 50 kali sebab sebenarnya ejaannya adalah NANAS. T_T

8. Bapa memang seorang yang kemas dan teliti dan pandai mengemas dan attitude ini diwarisi oleh saya yang satu-satunya anak perempuan yang rajin mengemas. Hehehe yeahhh memang sayalah orangnya kerana beliau telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi mengemas yang kemas hehe ye even nak sidai baju pon dia ajar cara yang betul agar baju tidak berkedut seribu.

9. Eventhough beliau sangatlah busy namun beliau tetap juga meluangkan masa untuk menjenguk saya di asrama pada setiap sebulan dan pada ketika asrama menganjurkan majlis dan juga pada hari kecemerlangan akademik. Sebusy-busy ayah, beliau tetap adakan masanya untuk saya.

10. I always feel that ayah bias sangat then I think I'm useless then rasa macam sampah masyarakat because I always been scolded by him. I really were like taken aback ok but now I understand, he really make me what I am today. Kalau tak, mesti lah sekarang ni I jadi kutu rayau ke, kutu mambu ke, kutu embun ke, kutu babi ehhh tak tak wtf.

11. Paling segar dalam memori, ketika I membeli belah kelengkapan untuk ke IPT, I terlambat balik pukul 7.30 then he scolded me like there's no tomorrow then he said DAH PANDAI SANGAT KAN KAU PERGI DAFTAR SENDIRI ESOK! Memang I sedih sangat sebab I dah ajak beliau untuk teman I, tapi beliau busy dengan meeting so I decided to go with my friend laaa

12. Apapun, ibu cakap yang perangai I dengan ayah banyak yang sama mungkin kerana kami berdua anak yang kedua tapiii adakah ini bermakna yang saya juga akan menceburkan diri dalam bidang politik juga? haha harap-harap tidak.

13. I dah tak boleh sabar dah rindu kat ayah so I pon tak sabar nak jumpa dia Jumaat ni!



Ayah I memang fotogenikkk! hehe sebab tu dia rajin buat muka serious.

You Are Number One, Ayah!
Love You So Much.

Yesterday I called family di kampung, bercakap dengan Ayah, Ibu, Mira dan Tira tapi paling tak best cakap dengan Mira sebab dia lebih focus dekat games dia daripada I. T_T
Then surprised yang along nak buat (konon-konon nanti tiba-tiba je dia dah ada kat Malaysia) dah tak jadi sebab I dah tahu dia akan balik Malaysia 22 Ogos ni. Yeahhh!

HappyFather'sDay untuk Al0ng juga :))


Tuesday, June 16, 2009

macam ni lah baru syi0okkk~


Dah tiba-tiba rindu dengan Mira and Tira. Paling last I balik si Tira dah lebih tinggi dari I dah perghh ni tak boleh jadi ni, ni yang nak beli stok Calcium banyak-banyak ni. Midsem break is around the corner chehh kalau cakap exam is around the corner releven siket kannn; macam biasa lah bila dah hampir tiba saat-saat ni jasad je kat sini tapi roh macam dah melayang-layang balik ke Chemplak. Naik sem2 pon lecturer asyik cancel kelas je so hopefully next week semua lecturer pon cancel kelas so boleh lah I balik awal. haha

Balik cuti ni perkara utama yang I akan sampaikan mestilah berkenaan kaki I yang accident hari tu; luka dah kering tapi I tak suka gila tengok part kaki I ni jadi macam buruk tapi harap-harap berkat Bio-Oil semua akan kembali normal kann tak boleh cepat putus asa weyh! Kakak ipar I yang jadi misi tu kata patutnya kena jahit, tapi gila ke hape doctor tu tak jahit. Owh dulu Mira punya luka lagi besar woah sampai isi dia terkeluar, dekat lutut tapi doctor tu tak jahit pon and sampai sekarang ni nampak lagi isi dia. Takpe2 nanti I curi-curi ambil gambar lutut Mira tu. Agaknya Doktor Riduan tu tak suka menjahit kot. Hahaha..

Patut tak I balik kampung nanti pura-pura jalan dengkot lagi dengan harapan ayah berbesar hati nak bagi kereta? haha macam Last night I tengok Bedtime Stories untung2 dia dapat Ferrari for free haha chelaka.


And adakah datin ni balik kampung jugak? Oh lupa nak perkenalkan, ni Nabilah. Jiran sebelah rumah I means dia lah kawan pertama I sejak I kecil lagiiii tapi sekarang memang betul lah dia datin woahh, bila I balik dia tak balik. Bila I tak balik dia pulak balik. Bila I nak balik baru dia sampai. Zaman-zaman tak reti naik motor dulu sanggup jalan kaki pi kedai last-last beli ais-krim aje. haha Ha camtulah sampaikan I dapat motor, jatuh motor pon I belom jumpa dia lagi ni. Adouiii rindu lah weyh balik weyh balikkkk. Kau nak tunggu manggis tu jadi emas ke hape? hahaha sengal lah. Kalau kau nak tahu haritu aku nampak Jantan hisap rokok wo0 then aku dah lalu depan rumah Atikah Samsudin tu memang betullah rambut dia dah rebonding; kerbau balau haritu datang cari kauuu la Nab. Woi woi mentang-mentang dah ada boyfriend kan kau tak message aku pon. Kalau kau balik minggu ni kita main hantu-hantu yang kalau hantu tu masuk matahari nanti dia cair lepastu buat gaya sotong...haha Nak tak?

Dah. Tak guna aku bebel panjang-panjang memang kau tak balik pon.
Kau memang suka bagi aku habiskan manggis tu sorang-sorang haha!

Tuesday, May 19, 2009

MAJULAH KEKANDA MAJU..JANGAN GUGUR..!

Dan berkaitan dengan tajuk entri tersebut, maka dengan ini boyfriend saya telah menukar hobinya daripada hal-hal kesetiausahaan seperti membuat schedule, jawab panggilan, atur temujanji, tagged file, jualan langsung di office, mengumpat dan tidur curi di bilik sulit, ke sukan lasak ke permainan paintball.

This picture was taken on petang Jumaat 8hb Mac, eh diorang ni tak kerja ke? Ok diorang dapat pelepasan kerja half-day cheh padahal masing-masing nak cilok kan. Dapat tahu si Zambry/ Nizar mampos la kome kena potong gaji oh nasib baik Nai cuma praktikal je so takde gaji so takde lah kena potong gaji..,

Macam I yang dah pernah main paintball 2 kali selama hidup 20tahun ni mestilah teruja nak tengok kekasih hati beraksi lagi-lagi lah dia baru main sekali dah mengada-ngada dapat join tournament kan for free pulak tuh. So I nak tengok lah hebat mana Nai perform kan and please please jangan conclude yang I jealous ok. Haha..

Welcome Paintball Players. So I yang non-players ni tak welcoming lah? Apa punya banner lah kan tapi tak pe sebab I dah excited gila vavi ni nak tengok Nai paintballing pakai kasut futsal, eh apa cerita? haha ok pagi-pagi sebelum bertolak ke Lumut I dah sound Nai dah. EH SAYANG, AWAK NI NAK MAIN PAINTBALL KE NAK MAIN FUTSAL. But then jawab last minute preparation nak buat macam mana? Ok tu lah salah dia lah tak inform awal-awal kalu tak memang I import boot my dad dari Johor tuh haha tapi I sendiri tak sure boot tu ada lagi ke tak.

I tak tahu siapa snap gambar ni tapi masa ni I kena sound dengan Nai woah, EH AIN PERGI LAH SANA NI UNTUK PLAYERS AJE. Pergh kenapa I rasa Nai dah demand dah masa ni? Tapi tak pe dia tak sedar yang I lagi hebat dari dia kan sebab tuh I masih mampu tersenyum manis lagi kan,

Itu antara participators and seingat I ada 10 groups yang bertanding which is 4 for open division - UNKNOWN, FUNNY FARMER RAIDERS, REGIMEN 66 ALPHA and REGIMEN 66 BRAVO plus 6 groups for local divisions - TERUNG AMOR, MAHAGURU, CHARGOS, SUK 69, ARMADA and 21 GGK. oh btw itu tak termasuk adik-adik penangkap ni ye (masa I kecil I sebut pengakap as penangkap). Mereka as a kid guard lepastuh macam jadi orang suruhan like KAKAK2, ABANG TU BAGI KAKAK SURAT NI,DIA MINAT KAT KAKAK and lepastuh mereka juga sebagai model 7up. haha kidding tapi sumpah air ni memang berkhasiat.

Minuman isotonik

And this is the SUK69 team which my dear involved with, he is the youngest besides the others are the abang-abang and have been married with a woman plus perut so boroi and so on. And here the SUK69 history's begin with mula-mula mereka guna nama KESEDAR untuk Liga Perak, Liga SUPER (ok tipu) tapi mungkin asyik kalah je so guna SUK69 harap-harap ada luck baru lah kan lagipon mereka ni memang dari SUK Perak. Actually ada planned nak guna BuBaDun tapi atas sebab-sebab keselamatan, so tak guna lah kang ada pulak yang kena kang kan?

Mula-mula sampai target dah bangga-bangga dah woah ada khemah siapa cepat dia dapat last-last baru dapat tahu khemah ni khas untuk open division and organizer team aje. Kenapa I rasa ada unsur-unsur bias di siniii? Ok takpe, port kami lagi baik punya sebab

selain dapat baring-baring dengan aman dan sangat tenang, kami juga dapat belajar mengenal buah-buahan tempatan. Ye Aiman tak kesahhh pon.

Dekat Crono Station - macam ini lah medan pertempurannya cheh I admit I jealous sebab looks like main counter strike versi alam nyata nih. Tapi a bit cuak lah sebab ada sorang participator ni tertusuk duri tajam dekat urat dia. Pergh gila ngeri ni, tapi takpe it's ok it's allright come on SUK69 fight fight fight! Yeahhh..

Abang Ajak memang pro in paintball game and mereka tengah game planner dan I buat-buat teruja pandang padahal bosan ya amat nih. Ye memang aku sorang je perempuan? Ada aku kesah?? Cak Cak Cak Cak Cak Cak Cak.... (style program Cit Cat Azwan Ali)


As the personal trainer to Nai, I feel so responsible about his safety and I need to make sure that he always in a good condition in the forest there besides I have taught him how to be invisible, how to be like a tree, like a bird, monkey and so on. Ye lah, I tak dapat bersama dengan dia sebab kekanda di medan perang, adinda di medan seni. haha buduh ni sebab I tak dapat join pergi Crono Station tuh sebab I dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta-harta mereka. It were like apekah???? Mental d0wn dowh.

At first, I tied up the towel with style like this, named Bunga Kasih Penghujung Rindu Cinta Kita. Bukan apa I nak kekasih I cover up his neck and halkum tu besides looks stylish too tapi tengoklah ni sampai malu nak ambil gambar pulak so takpelah, so again I nak dia nampak a lil bit like terrorist kan so ada buat style mafia siket tapi over pulak mamat nih sampai senyum pon tak mau dah.

gagagaga.. Tapi kan sayang, nak style mafia ke mapley ke apek kongsi gelap pakai singlet ke tetap tak boleh blah bulu mata lentik. Hahaha kantoi kan and to conclude, telah berjayalah ditransformasikan bukan nampak macam Que Haidar dalam Cinta Untuk Ain, tapi dalam cerita Castello, I mean huhu..

From this time onwards he keep his face in a serious way which is so unpredictable. Dah la nak buat muka serious tapi langsung tak cuak pon ingat gua takut sama lu ke? ok2 ni bukan dialog I, tapi ni dialog Nek Nah cakap kat Gopal. haha.. ye I nak tengok lama mana dia boleh stand by muka serious tuh.

Haha ok takut tengok muka serious tu kan, nak senyum pon takut-takut ni bukan kes orang takut dia, tapi I tengok macam dia yang takut tengok orang. Ceh sampai nak pakai nombor pon nak serious lagi kan..
Tergelak besar I time ni. Tiba-tiba nak serious tiba-tiba Marshall tu kata, lengan awak ni kecik sangat lah, cuba pakai kat paha. Cover lagi kan, I tahu sekarang ni Nai nak senyum cover kan, kan sayang?

Ok I hope team SUK69 selamat di dalam hutan tu. Fuh Fuh Fuh Aminnnn
Allahuakbarrrr =)

I gembira sebab Nai langsung tak kena tembak mungkin sebab dia follow ajaran I, how to be invisible and other creatures and so on. Hehe.. He plays as a left wing and he had done a great job! Well done dalink! Tak sia-sia kita makan kerang bakar malam tadi kan? haha By this time baru I perasan baju bundle ni promote Kingstone rupanya. haha lepasni mesti brand Kingstone laku habis kan sebab ada model pakai sambil bermain paintball.

This picture aren't relates much with this articles but I can see that we are in a good commitment of relationship, kan? Oh I mean tak lah nampak macam CatDog ke Ozzy The Coacroches or whatsoever yang asyik nak bergaduh tu je kan? Kan? Kan?

woah ada perempuan chantek berbaru biru snap picture Nai..!

Thanks Allah because they are the first runner up weyh, ok lah tuh kalah 5 mata dengan group Armada kan kalau tak boleh dah Johan.

Big congratulations to them, kini telah terbukti semangat berpasukan itu penting dalam menggapai bintang dan impian. Tiba-tiba aku rasa macam ayat cannot go pulak kan. BTW ada banyak pallet lebih and mereka planned nak main saja-saja Khamis next week tapi sayangnya aku dah balik Bangi dah. Tapi takpe, I sempat cilok 10 butir pallet nih siapa jahat aku lastik je senang.

** Kalau lah I ada Marker plus Pallet yang banyak, I ikat orang-orang yang I benci iaitu si Katek, si Buncit, si Juling, si Vshine, si Gemps tuh dekat tiang lepastu tembak dalam jarak 5cm. Bagus kan?

Ada style maaaa..Beng! Beng! Beng!