Last week kan Raya Haji hari Rabu kan, so kolej kesayangan I cuma cuti hari Rabu je. So sebagai seorang anak yang kememeh tak boleh jauh dari family, I telah membuat satu keputusan yang mudah & tepat, iaitu..ponteng kelas untuk hari Selasa, Khamis & Jumaat. hahahaha senang je buat keputusan. Siapa kata susah sangat???
Macam mana raya haji u all? I punya meriah gila! tp meriah makanan la. Dari start ibu siap masak sampai tak cukup ruang perut I makan makan makan je kerjanya. Masa drive tersengguk sengguk mengantuk. Yelah, siapa tak mengantuk bila kenyang. I mean, terlampau kenyang. ;p hahaha, & untuk raya haji tahun ini tak ada ambil gambar banyak, tak sampai sepuluh keping pon..tu pon camwhore adik beradik kat rumah je.sob sob sob..
Well, untuk tahun ni rumah tok ketua tak dapat 1 pon daging korban, tapi dengar cerita korban sampai 16 ekor? ish ish ish tapi takpelah, takde rejeki namanya kan,,

Dark, darker, darkest.
Fairest, Fairer, Fair.
hahaha jangan marah cik Rajanah Athighoh! ;p

Nak tunjuk jam kita yang dibeli sebab jam mahal tercicir masa accident motor 2 bulan lepas. Tapi I pernah nampak gambar dalam fb Teem dia ada jam macam ini, tapi mungkin design lain kot. hihi.. ok lah Teem, kalau sama. Kau beli berapa ringgit? Aku beli kat CM, sepuluh ringgit je. Kalau tercicir tak la sedih sangat.. ;p

Jam bapak besar tapi bunyi tak scary langsung! tonggggg tonggg tonggg
Lepas ayah balik masjid, kita orang pergi rumah atok bah lepas hampa tak dapat duit raya. hihi.. Jarak rumah lebih kurang 150 meter je, dekatttt! borak borak borak borak, then tertidur pulak kita orang 1 family. Kenyang punya pasal kan, tengah hari siket baru balik rumah atok Tangkak. Tapi ayah tak ikut, ada jemputan korban katanya. Jadi, I lah yang drive. Punya lah hujan selebat lebat hujannnnnn, tapi kat Tangkak meriah, semua ada kecuali family pokde. huhu..
Agak2 malam sikit baru la balik, tapi macam biasa la kalau balik Tangkak ibu mesti nak singgah kedai kain punya. hohoho
Itulah cerita Raya Haji saya tahun ini, untuk tahun depan InsyaAllah terasa lain sebab beraya tanpa ibu dan ayah. Sebab InsyaAllah diorang pergi haji tahun depan, --semoga dipermudahkan urusan. (p/s: dik nanti kita nak makan apa masa raya??) T__T
Esoknya Khamis..kan? SKC ada hari penyampaian hadiah. I ikut mak I, mengada-ngada punya pasal. hahaha dah la duduk seat depan tempat cikgu-cikgu duduk. Tapi takpe, bekas sekolah I jugak ni.

Ini adik kita, Athirah. Baju dark purple mak kita. Heh ape ni mak sendiri yang bagi hadiah?? hahaha apelah.
Yang ini Mira, adik I no 3. Mira menari untuk persembahan pembukaan, sweet gila cuma lipstick merah sangat!
See! Mira menari, she's very talented you know. Sebab tu I marah bila orang cakap dia cacat. Sebab bagi I, dia tak cacat. Cuma dia istimewa. Even orang cacat pon ada bakat, dari kau yang normal ni tapi tak reti bersyukur, asyik nak perlekehkan orang je. Ludah langit jatuh atas muka sendiri, baru tahu.

Mira pon dapat hadiah juga! Love you.. ;)
Uih, sempat je!


Ini dekat kedai, ibu beli barang nak masak sebab mak cik nak datang. hehe, I pakai baju yang sama kan? Kan? Kan? haha tapi sorry siket, I basuh tau. Baju raya I yang lain tak muat dah, kecuali yang ini. Ye, memang I triple skang. Bahagia punya pasal. Ahaks!
Dan I balik KL hari Ahad, macam biasa highway jammed area2 Seremban & I dont know why. & I benci bila tengah jammed, ada je orang tak bertamadun sesuka hati je guna emergency lane! Bodoh punya orang. Tangkak-Sungai Buloh = RM25.20. Tapi abang tol yang baik hati cakap, awak bayar rm25 je lah, lagi 20sen saya bayarkan. Amboi, lebih sudu dari kuah! hahaha