Friday, August 26, 2011

ultimate motive.

sebenarnya, dulu aku pon tak tahu kenapa walaupun aku sedar aku memang buat keje bodoh dan sia-sia, aku tetap nak teruskan jugak. macam ada ultimate motive yang aku sendiri tak dapat nak discover. tapi bila masuk minggu ke-4 ni, makin lama aku makin sedar ultimate motive tu.




jawapannya, sebab i love you.





walaupun aku sedar yang aku memang tak akan untung apa-apa. jadi, kalaulah kau baca post ni satu hari nanti, ini bermakna kau dah dapat jawapan dah kan. sekian, terima kasih.





hati bunga-bunga. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.

Monday, August 22, 2011

happy birthday,abg fadzri..

firstly, happy birthday abang. maaf sebab sy off handphone & tak pergi jumpa abang tadi. sy minta maaf. sy memang ada rasa bersalah, tapi awal2 sy dah kata sy tak nak jumpa abang. tadi bila sy on handphone baru jap ni, bertubi2 sms masuk. semua dari abang. missed call notification pon banyak. sy memang sengaja off handphone sebab sy tak tahu nak explain macam mana lagi kat abang.


sy terharu abang nak jadikan sy isteri abang. abang nak masuk meminang lepas raya ni ye? wah, sy suka. tapi jujurnya sy takley terima. sy tak rasa ada jalan untuk kita. u deserve perempuan lain yang lagi bagus dari sy, bang. sebab abang baik sangat. hati sy takley terima abang walaupun abang dah banyak kali pesan ikhlaskan hati & buka pintu hati untuk terima cinta abang. maafkan sy sebab kecewakan abang ya. jodoh abang bukan dengan sy, tapi percayalah memang ada perempuan yang lagi sesuai lagi cantik lagi memahami lagi gorgeous lagi ikhlas lagi sepadan dengan abang. abangkan handsome. sumpah sy tak tipu. abang senyum memang comel gila! =)


happy birthday yang ke 25 tahun abang, semoga panjang umur & sy harap abang tak simpan dendam dekat sy. sy takkan pernah lupakan abang.


andai satu hari nanti kita bertemu kembali, dan masing-masing masih belum dimiliki, insyaallah bila terbuka pintu hati ini, adalah jalan untuk kita kan bang. jodoh tu datangnya dari Allah. jangan tunggu sy lagi abang, abang ikhlaskanlah hati untuk cari perempuan lain ya. baik buruk jodoh sy, sy tak pasti. lambat cepat jodoh sy, sy serahkan pada Allah. live your life abang. u got almost everything, kereta cantik, kerja dah tetap, rumah dah ada, saving dah cukup, rupa menawan, memang ramai perempuan tunggu tau abang.


happy birthday abang fadzri. maafkan sy. maafkan sy sebab ignore abang terus. sy tak mahu abang terus mengharap lagi. maafkan sy sebab berperangai macam ni. tak adil untuk abang kan? memang sy rasa sy kejam sangat.


happy birthday, abang. walaupun mana mungkin abang baca blog sy ni. sy buntu lah, sy sedih. sy tak tahu nak explain macam mana lagi kat abang. bukan sy tak mahu beri peluang untuk abang, but i can't. i can't. berat sungguh nak cakap. terima kasih untuk segalanya. selamat tinggal abang. semoga abang bahagia hendaknya.


mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita sedari..
mungkin benar tatkala kita terluka barulah kita mengerti..
mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam,
barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.




happy birthday abang & selamat tinggal.

Sunday, August 21, 2011

silly me

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
akulah bintang yang hilang di telan kegelapan




weyh,awat aku rasa aku dah buat benda bodoh ni.hahaha
silly me

Wednesday, August 17, 2011

segan2 nak tulis



hey awak. tolong jangan biarkan saya berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi, please.




because,
i do love you too.
*ikhlas*

Tuesday, August 16, 2011

gebang jap






holaaa friends! =)





saje nak ngabo sekop baru teman..LOL





selamat menyambut Hari Kemerdekaan ye kawan-kawan!
boleh tahan jugak bakat seni i,kehkehkeh

Thursday, August 11, 2011

pre-raya post

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling seksi = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Samprettt
Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Baulu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembab = Kuih Siput



ini sebahagian je kot,kan dah dok popular kat FB status2 gini, mengekek2 i dengan cikgu-cikgu lain baca benda ni..haha~ ok tapi lepas dah banyak sangat orang post pasal benda ni,aku dah takde perasaan pon..ahakS


tapi,tak kesah la apa pun jenis kuih yang menang anugerah,
anugerah terunggul iaitu anugerah kuih popular masih lagi disandang oleh...










KUIH TUNJUK. =)


hopefully raya kali ni bestttt macam raya tahun2 sebelumnya,
& harap2 i still dapat duit raya walaupun i dah kerja...
jangan aniaya i wahai pemberi wang raya.. ;p




Nak Duit Ghaye.... T_T

Monday, August 8, 2011

perubahan diri.

bila aku buat something, aku memang komited. aku buat bersungguh-sungguh. sebab bila aku rasa puas aku akan rasa macam heaven gilaaa! wah aku memang hebat.

sekarang kan aku dah kerja, so aku memang komited dengan kerja. Lesson note tak pernah tak buat. Impak tak pernah tak tulis, masuk kelas tak pernah tak jerit. chewah. Kalau abg Qashah buat lawatan mengejut dia lagi mesti dia sangat impressed dengan aku. Barangkali terus serap aku jadi guru tetap. LOL

tapi maybe sebab aku makin komited, maka terdapat perbezaan antara routine dulu dengan routine sekarang. Dulu, aku iron baju malam. Sekarang, aku korbankan bangun tidur awal 10minit untuk iron baju. Sekarang aku bangun 6.20pagi. Dulu aku bangun 6.30pagi. Pengorbanan yang tidak sia-sia. Dulu, aku akan make sure aku kemas beg sebelum aku tidur, sekarang aku praktikkan multitasking. Sambil pakai baju sambil cari beg. Sambil make up sambil masukkan buku2. Sambil pakai tudung sambil cari handphone atas katil.

we know kan, apapun pros mesti ada cons-nya. Ya, cons aku yang paling besar ialah i don't have much time untuk tolong mak aku kemas rumah, basuh pinggan, kemas bilik, even basuh baju pon aku basuh seminggu sekali. LOL kesian ibu. aku memang nak tolong sangat, tapi aku tak faham kenapa aku malas sangat & aku masih tetap tak faham kenapa adik aku yang lagi 2orang tu tak buat pape, tapi aku pulak yang kena buat? haha Dalam erti kata lain, MALAS.

jahat gila aku kan, aku rasa aku dah sampai tahap kritikal lah. aku lebih mementingkan pemerintahan kuku besi di rumah. bermakna, aku suka kerah adik2 buat itu ini, ambilkan itu ini. wah, i like that. sebab aku kan kakak? memang aku ada hak. kan? ;p

ok, tapi ada satu benda yang paling aku risau disebabkan perubahan aku yang jadi semakin komited pada kerja & tak ada masa pada diri sendiri. kau orang nak tahu apa dia??

-



-



-



-



-



-



agak-agak boyfriend/peminats masih ada hati tak nak kahwin dengan aku?



selain komited, aku juga rasa yang aku makin vain.

minggu lepas PS kelas 2Juara aku decide nak buat canting batik, aku lukis corak batik ni. & photostat untuk diorang. diorang memang leka buat, so aku pon sekaki. Tapi masalahnya budak-budak ni belom cukup kreatif nak buat secantik aku buat. So apa lagi,


aku je lah yang skor A++. hahaha! gila vain ckg Ain ni kannn



ok bye! =)




gambar ni pon consider vain jugak, sebab aku belom mandi & background bilik si penternak tikus & lipas. gagagagagaga selamba sudah

Thursday, August 4, 2011

2 Juara


Courtesy of 2J's conversation today.
Situation: Nadia did the head banging. Kelihatan messy. So, i tegur....

Me: Nadia, kenapa buat gitu..dah pakai balik hairband awk tu

Pupil1: Ckg, Nadia tu nak bela rambut panjang, ckg!

Me: Ok, tapi nak bela rambut panjang kena sikat kemas2, ikat cantik2, pakai hairband jgn bukak2, macam Yana, Alya, Ain tu...

Penolong Kelas: Ckg, rambut Nadia tak cantik, macam maggi..boleh makan, tp kita taknak lah. Macam tak sedap je rambut Nadia ni.

Pupil2: Aah, eyy Nadia, ko apesal selekeh sgt..pakailah cekak rambut tu betul2.

Nadia: Eyyyy rambut aku dah lurus lah, aku rebond. Kakak aku kan ada salun.

Pupils 3,4,5: Hahahah salun?? bukan selun ke ckg Ain?

Me: hahaha dah la sudah. Jangan gaduh2..nanti dah besar kang tiba2 kawen plak dgn Nadia ni.

Pupils: hahaha taknakkkk! nak kawen dgn cikgu!

Me: ??? LOLOLOLOL

2Juara pupils.
I teach them Science, Arts, PJ, PK & Muzik. Wow! ;p

Monday, August 1, 2011

& for now.

i rasa sedih.





moga i tak tersalah pilihan.