Monday, February 23, 2009

sebab2 tu jugak kamu xboleh jadi pakwe aku.

masuk yg ke hari ini, dah lebih 50 org tanya aku kenapa aku tak clash2 lagi. ADE KE PATUT?? dan ada juga yg baru je nak tanya kenapa aku c0uple dgn nai dan kamu2,sila baca dgn teliti sebab2nya.

1. dia sanggup bangun pukul 3pg sbb dengar aku menangis. MENANGIS BUKAN SEBAB DPT MARKAH PALING RENDAH MS INTERVIEW TAU tp kerana mengalami kekejangan kaki. dan paling bagus, dia korbankan masa tidurnya dan urut kaki aku sampai aku tidur even waktu tu dia mmg letih bangat sbb dah penat kerja..

2. dia sanggup cancel nak hang 0ut bersama teman2 hari sabtu dan ahad hanya sebab aku mengidam nak makan McD kat Seremban dan dia redah jugak hujan2 naik motor dari PD ke Seremban walaupun sebenarnya dia faham yg aku bukannye nak makan McD sgt p0n,

3. dia sanggup naik Shuttle Train Ipoh-KLS RM10 pukul 4.30pg semata-mata nak teman aku pergi Pejabat MARA Jln Raja Laut walaupun bila dah sampai pjbt tuh, hasilnya mmg damn shit lah. dan dia tak merungut satu hape p0n.

4. dia sanggup bawak aku pergi makan pukul 2pg walaupun mmg dia ngantok tak hengattt. amboi.amboi.amboi. sbb aku rasa lapar and of course dia yang bayar.

5. dia memang tak pernah miss ingatkan aku untuk s0lat dan mandi wajib dan selalunya aku selalu take 10minutes utk mengerjakannya. *kagum*
AND ACTUALLY AKU DUDUK BERSENANG LENANG AJE.

6. sebab hairstyle dia macam ni.





......now loading..

ngeh3..mamp0s aku nanti. tp aku maseh xpaham kenapa org ramai suka rambut dia mcmni.
so, sebab tu aku suruh dia botak. BUKAN BOTAK LICIN MCM ABU BAKAR ELLAH YE. (abu bakar ellah botak licin ke?)

7. dia tak tidur malam sebab jaga aku sakit perut - ADIK CKP, KECOH LAH SAKIT PERUT PON. TELAN JE LAH PIL CIKETTEKAUNNN; masa bulan puasa then buatkan meggi kari letak telor sebagai juadah sahur. TAK KESAH LAH MEGGI JE PON. walaupun masa kejut aku dia kena marah dan dia tahan je walaupun dlm hati dah rasa macam nak lempang aku aje.

8. dia dah kenal sangat dah perangai aku macam mana.
cth: bila aku xok,aku takkan cakap I LOVE U pon. bila aku diam,aku tak suka. or bila aku sebok2 selidik lebih2 tu kau tahu aku amat teliti. CHEH PADAHAL CURIGA. gagagaga..

9. dia sanggup mengadap duli yang maha mulia. haha tipu. dia sanggup mengadap ayah aku (means datang dari ipoh ke labis) hanya kerana nak ajak aku sambut RAYA CINA kat kampung dia di mana keadaan itu amat membuat aku terharu.

10. dia sanggup makan ikan keli masak sambal. owh..tidakkk! ni bukan dlm list.

11. dan sebab dia non-muslim dia bersedia untuk embrace Islam. DAN TENTU SAHAJA SEBAB AKU ISLAM. dan situasi yg membuatkan dia sgt boleh jadi pakwe aku bila dia sudah tahu asas2 dan perihal Islam itu sendiri.

12. dia sanggup teman aku shopping RAYA dari pagi sampai ke nak waktu berbuka dan dia pon turut sama berpuasa juga di mana itu telah membuatkan aku amat simpati bila lihat muka letih+pucat+tak bermaya sebab dia tak bersahur p0n. DAN LAGI BAGUS SEBAB DIA DAH BERJAYA PUASA PENUH SEBULAN. tak tipu. ini siriyes~~~ diam kau wonderpets.

kan dah kate tak tipu.

13. ajak aku pergi mana2 walaupun AJAK2 AYAM AJE tapi dah cukup buat aku terharu.

14. dan yang paling bagus, dia sentiasa ade je benda2 nak nasihatkan aku. LAGI BAGUS SEBAB DIA KAITKAN DGN KISAH2 NABI di mana sudah cukup buat aku rasa terharu gila babi dan sangat segan sebab dia dan aku lain fahaman dan pegangan. CHEH MANALAH KAU BELAJAR NIH?

15. dan dia juga berpewatakan menarik. CHEH INI BUKAN SYARAT2 UTK JADI HOS GERAK GERI GASING PON. dia haruslah berwawasan dan berfikiran matang. DI MANA INI KRITERIA UTAMA UTK MENJADI MENANTU LELAKI ABG RAZAK. 0h, to ayah: sila senyum bila baca yg ini.
supaya menjadi lebih relevan, bersama2 ini disertakan contoh CHEH.
contoh: kau dah planning lepas dapat kerja kau tak mahu terus beli kereta tapi kau nak beli rumah sbb harga kereta makin lama makin kurang tapi harga rumah makin lama makin tinggi. EH SAYANG,KALAU SILAP TOLONG BETULKAN EA.

***tapi,part yg u nak beli innova tu i x setuju sebab i prefer harrier compare to innova ok.

16. walaupun mak dia suruh pergi pasar malam, tapi sebab aku dah jakun (sebab tak pernah pergi ok) nampak funfair, pergi jugak funfair tuh dan masuk rumah hantu 1token=RM2. gagagaga..then bila malam dah susah nak tidur terpaksalah dia dodoikan dgn membaca bedtime stories. ok ini tipu. tapi pergi funfair tu betul.

sekadar gambar hiasan


17. dan ini yang paling penting. sila baca dengan nada tenang dan jgn kelam kabut.
dan walaupun dikelilingi dengan jantina berlainan, dia sangat setia dan tak kan melayan p0mpuan lain ape2 kategori lah termasuk MILF,GILF pondan lorong hj.taib p0n, ataupun dgn 'walaupun suara mak sumbang seh, tp mak tetap melethoppp' (pastuh sangkut jari kelingking dgn si azwan ali amboi.amboi.amboi).
--ok,memang dia tak melayan pon. terbukti berkesan. aku dah kaji dah.

18. bersedia untuk ke CIMB bank untuk bank in duet kat aku, CHEH TAK GUNA PUNYA POMPUAN.

19. dan juga sebab ibu aku memang tak kan miss tanya pasal dia setiap kali call,msg,or even bila aku balik kampung. misal kate aku balik 7hari, selama 7hari jugaklah ibu akan tanya psl dia.
ADOYAI.

20. sanggup turun aman2,sri damansara semata2 sebab aku nak makan burger meet uncle hussen yg jual. WEY,AKU TAK TIPU.BURGER MEET UNCLE HUSSEN MMG THE BEST IN THE WORLD.

21. sanggup masuk mulut badak bertaring lost world semata2 nak ambil hati aku.
the question is: adakah hati fiqa ain berada di dalam mulut badak bertaring lost world?
haha..OK TAK LAWAK.

22. dan juga sanggup membuang ego untuk bermain permainan lari, cari dan tangkap
di khalayak ramai. OK YG NI AKU JANJI AKU TAK KAN BUAT LAGI.

23. akan tunggu aku balik ke hostel dgn selamat walaupun dia dah kate nak tidor sbb nak bangun pukul 3.30am utk n0nton liga juara2 Eropah. dan akan call sampai bateri aku kong untuk pastikan aku benar2 selamat. YA TUHAN,NASEB LAH CALL FREE.

24. ye mmg dia gentleman sebab dia sanggup basuhkan pad untuk aku. OK TIPU. ALAHAI KAKAK FHEE, DIA XSEGENTLEMAN MCM TU LAH..huhu.

25,26 dan seterusnya...
sebab dah banyak benda dah lah. nak cerita satu2 pon tunggu kemunculan buku TERCIPTA UNTUKKU: NAI-AIN. gaaaaa.. KAU PIKIR MAWI DGN EKIN AJE KE ADE BUKU TUH? haha..

ok,this entry is more like as the token of appreciation lah..justeru itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kaseh kepada si kekaseh yg kini sedang minum air secara segan2 di rumah AC Di MANA?AC DI SIIINIIII. ececehhh..

sekian untuk hari ini. dan oleh itu, sebagai penutop, kekaseh saya sudah bersiap sedia untuk memberi anda bunga kerana membaca entri ini dgn penuh s0pan..**PEH SIAP PAKAI BUNGA ROZET..apekah? LOL


HaPpY aNniVerSary
.:: NAIN ::.
.43 months.
.------------------------------.