Thursday, July 28, 2011

malu! malu! malu!


Kain labuh sebab kaki pendek ke?


tak sampai 5 minit pon berlaku kejadian ni. aku rasa macam bangang. hahaha tadi lepas kelas PK dekat 3B, aku pon jalan terkedek-kedek kan dengan pakai heels & baju kurung. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tanda macam nak hujan pon ada. remember that situation ok. please remember.


depan kelas 4J, ada 2 orang ex-murid aku - Athirah & Amirah Sazali. Si Athirah tengah betulkan tali kasut dia. Ngam2 aku lalu sebelah dia, dia pon terjelopok jatuh. Aku kata; ala awak ni.. time-time macam ni la baru nak jatuh kan. Suara aku manja-manja + ada nada perli-perli di situ ya.


Oh, rupanya ada Cikgu Saiful baru keluar dari toilet, tersengih-sengih maka rasanya dia dengar kata-kata aku tadi. Naaa ok takpe, biasalah tu kan. Dia tunggu aku jalan. Ok, so aku jalan tunggu.


Naik tangga. Selalunya kalau naik tangga, aku pegang sikit kain baju kurung tu takut terpijak. Bagi nampak betis sikit. Auwww. Tapi disebabkan Cikgu Saiful ada dekat belakang aku, maka aku buat keputusan drastik dengan tak pegang kain waktu naik tangga. Ingat, angin masih sepoi-sepoi bahasa. & kedudukan turutan berjalan tu - Aku di depan sekali - Cikgu Saiful 5 tapak di belakang aku - Athirah&Amirah Sazali di belakang sekali.


Dengan handbag dengan buku PnP di tangan. Aku melangkah penuh yakin masa naik tangga. Time-time tu laaa angin nak tiup kencang kan. Dasar malang tidak berbau. Time-time tu la aku boleh terpijak kain masa naik tangga! What the hell. tsk tsk


Nasib baik tak jatuh tangga, cuma aku hilang kawalan. Wah malu!! & 2 orang ex-murid aku tadi tu gelak kemain lagi kau. Aku ada dengar jugak suara Cikgu Saiful tu ha, semua gelak kat aku! LOL aku pon kata ala-ala macam aku tak hairan pon jatuh tu, aku cakap; amboi kemain ek gelak..jahat seyh awak ni. ;p ;p ;p


Padahal dalam hati bengang tak boleh blah kotttt.


&&& Cikgu Saiful cakap; ala awak ni.. time-time macam ni la baru nak jatuh kan. Suara dia manja-manja + ada nada perli-perli di situ juga.



Aku sedih. Dia boleh perli balik apa aku cakap dekat ex-murid aku tadi. Sah dia dengar apa aku cakap. Huwaaaa


dan aku telah pergi naik pejabat untuk hantar buku persediaan. Ok ingat, angkat kain tinggi-tinggi. Asalkan tak terpijak. hahaha harap-harap tak menjadi bahan bualan. LOL


Sedih.


Angkat kain tinggi-tinggi. Asalkan tak dapat malu.





>_<


Monday, July 25, 2011

sedetik lebih kot? ;p

dalam hidup ni kita takkan dapat semua yang kita idamkan. kan?
kadang-kadang bila aku dah selesa dengan yang lama, ada juga aku terfikir untuk mencuba sesuatu yang baru. people's change lah. just don't deny it.


aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku ada sekarang. aku tak pernah rasa rugi dengan kisah-kisah silam aku. sebab aku tahu, benda-benda tu semua yang buat aku celik mata dengan dunia ni. people's learn from life experience. macam ada sorang kawan aku tu kata, pengalaman tu manis, kenangan baru manis. i feel it is true. eh, bernas jugak kata-kata kau ni walaupun kau suka gebang dengan aku. ;p


tapi, at this time, aku fikir aku memerlukan perubahan. aku perlu berhenti menunggu harapan yang entah bila dimakbulkan. apa yang aku perlu buat ialah just 'go-with-the-flow'. LOL macam bangang kot. hmm. atau aku harus tunggu dan terus tunggu tunggu dan tunggu yang finally end up aku yang rugi. haha kan ke tak berbaloi namanya tu?


oklah, aku malas nak fikir. cuma perkara ni buat aku muak. tehee~


we never get what we want, we never want what we get,
we never have what we like, we never like what we have,
but still, we live & love. itu kehidupan kot. biasalah manusia. mana pernah cukup. ;)



perghh aku rasa hebat la gini. phewitt!
tergugat saiful nang tengok. ;p ;p ;p




p/s: chop. saiful nang tu senior ASBJB laa..cayalah bro.
pasni kalau nak pakai utk wedd sy, boleh kawtim kot?? ;)

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 23, 2011

Koir Hari Guru Peringkat Daerah Segamat 2011


kemain lagi seriousnyaa..ayuhai..kekekeke. aku paling tengah tu..takley blah kan kan kan?? padahal akak baju biru tu lagi tinggi+besar dari aku kottt..LOL mungkin susunan diorang paling muda dok kat tengah..hik3



aku suka la gambar ni. selain daripada candid aku yang macam vain tu, ada appearance of usop wilcha weyh..hahaha pakcik ni PA kat SJKC ni, muka dia macam usop wilcha kott.. ;p

kemain lagi sembang ye..wahahaha akak ni dah berumur, teror aku dok sembang dengan dia. macam2 cite dia cerita. paling aku ingat dia pesan; kahwin jangan lupa jemput!!



ahahhaha!



peace yaww! nak segan apa, dah aku paling muda kat situ. LOL



i will definitely miss the time during our practices, rehearsal, behind the scene bla bla bla

Team Koir Hari Guru Peringkat Daerah Labis 2011
Aku sorang je Guru KGSK dalam team tu. Paling muda plak tu, yang lain semua 26tahun +++ hahahaha *bangga




ceh. pantang nampak camera. c( :



wakil SKC - Me, Kak Ezra & Kak Midah. =)






hahaha!
gambar-gambar ni semua takde 1 pon dari camera i, sebab i takde bawa camera. so, i cilok dari merata2 tempat. mekacey kepada yg upload di fb masing2..hip hip horeyyyhhh..



=)

Thursday, July 21, 2011

......









we know what we want, but God knows what we need.


Sunday, July 17, 2011

misc.




Kakak mai lah rumah adik, adik rinduuu..Koko (NSK) ada, mama ada, papa ada, neneng ada, kakmbi (kak ruby awek neneng) ada. Nanti kita mandi lam ame2..kakak mai la...adik rindu kakak..



alahai adik..dah pandai cakap dah ye..Rindunya kat kau...


Saturday, July 16, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Tarikh: 2 Julai 2011
Tempat: Felda Chemplak

Actually, larian ni dilakukan secara serentak seluruh Malaysa sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Tujuannya antara lain adalah untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

So, cikgu-cikgu pon telah bermesyuarat & tugas i pada hari itu senang je, jurugambar. keh3..teramat senang. Takpayah la i jaga checkpoint ke jaga makanan ke siaraya ke apa ke. LOL
tapi tugas i tak berakhir di situ sahaja. I kena buat laporan bergambar kronologi gambar2 masa hari kejadian & submit ke JPN..huhu..alang2 i dah snap, i upload kat fb segala, so now i buat report kat fb la plak ye. ahakS

Senaman ringan

Flag Off by Pengurus Felda Chemplak

the GPK's =)

happy je diorang ni lari..

eh eh anak murid aku ni siap cabut kasut lagi..semangatttt

come on si tembam..run baby runnn!!

ok, walaupun I photographer, tapi memang tak sah kalau takde gambar I. LOL





ok bye! ^,^

Friday, July 15, 2011

Rise&Shine.


Rise and Shine, kiddos!




i miss my long hair & muka baru bangun tido. tehee~



what was your Saturday start with?

for me, saturday is a day to sleep till noon and wake up till 2 and get nothing accomplished! who-hoo..DONT GET JEALOUS YA.. ;)

Thursday, July 14, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011

Kembara Mahkota Johor 2011
Tarikh: 18 Jun 2011
Lokasi: SK LKTP Chemplak, Labis

Me; tugas I ialah penjaga keamanan. ;p

Kembara Mahkota Johor 2011
~Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama~


I dengan murid2 dari 4B. Manja diorang ni.. ;)

Murid-murid SKC ditugaskan untuk menyambut kedatangan konvoi KMJ
start from pintu gerbang Chemplak sehinggalah ke SKC. So, me & several teachers
were joining them too. Bukan apa...kata penjaga keamanan..LOL


Involving in this program was one of my precious experience as a KGSK's teacher.
& this is my second attempt of using the DSLR. Mekacey to my Dealova for borrowing me his DSLR. ekekekeke..i sebenarnya tak pro pon. saje je menggedik..

kalau korang rasa nak tengok more pictures yg so-called hebat tu, boleh la check kat album FB i. ;)

p/s: i rasa hebat bila memegang dslr. baru pegang je dah rasa hebat. hahaha