Tadi I dihantar pulang ke kolej oleh seseorang yang amat I sayangi dunia akhirat. Seseorang yang dah banyak didik I even dulu I rasa macam benci betul asyik kena marah je.
Dalam kereta tadi banyak betul yang kami bualkan. Perjalanan 2jam setengah rasa macam sekejap je. Dari isu adik-adik punya perangai yang mengada, yang karaoke 24jam, yang tidur bawah kerusi, garu sebab malas mandi, macam-macam lagi. Macam bahagia sangat dengan keletah semua orang. Ayah kata dalam adik-beradik, I lah yang paling kecoh, paling manja, paling sensitif, dan yang paling kaki bodek. Dari isu rumah masuk pulak bab kahwin, bab kerja, bab politik. Hehe..
Kalau nak duit lebih, minta dekat ayah sebab kalau minta dekat ibu mesti dapat duit ngam-ngam je. Kalau nak apa-apa direct to the point je sebab ayah tak de masa nak dengar isi tersirat. Hehe macam nak kereta, cakap je. Nanti dapatlah. =)
Sekarang I dah explore yang ayah memang minat perfume. Dalam bilik banyak betul koleksi perfume. Untuk rumah dan kereta ayah tak lupa nak pasang AmbiPure. Segala suiz dalam rumah, dalam bilik, dalam toilet semua dilekatkan AmbiPure. Bagi wangi.
Kalau nak diikutkan, I malas memasak tetapi I rajin mengemas. Sebabnya, dari I kecil I selalu tengok ayah kemas rumah sebelum dia pergi kerja. Maksud I bukan ayah kena queen control, tapi ibu memang dah pergi sekolah awal pagi lah kan, So sifat rajin berkemas tu ada dalam diri I compare dengan adik-beradik yang lain. hehehe..
Walaupun ayah muka tegang tapi ayah baik sangat. Sporting. Kalau dulu I takut nak cakap dengan ayah tapi sekarang I bebas nak cakap apa sahaja. Ibu kata ayah muka garang tapi hati lembut.
Untuk sem baru ni, I bersemangat nak pergi kelas sebab ayah hadiahkan beg yang cantik sangat. Terima kasih, ayah. Baru tadi I peluk cium ayah sebelum dia terus ke KL, tapi sekarang I rindu sangat dekat ayah.
Selamat Hari Lahir, ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
13 Oktober 2009, 55 tahun.
Angah sayang ayah. Muah!

Ini dia dua orang yang amat I sayang. Ibu&Ayah.
Macam comel sangat ibu&ayah sekarang sebab masing-masing
berlumba syiling siapa paling banyak. =)