Friday, September 3, 2010

R&D, fuh!

I dah taip banyak dah pasal Sem5, tapi I delete. Macam bosan je membebel kat sini. ;p
And this is my R&D presentation today. Picture captured by Gaya. Subject yang I paling malas nak datang dan I dah ponteng 3 kali untuk kelas ni. Tapi I bersyukur tambah bangga sikit sebab markah test I paling tinggi doh. hahahaha sampai Johanji pujuk rayu Mr.Rooswadi suruh up kan markah dia. Selamba je kau ni. Semua benda tak puas.

Ini masa presentation R&D tadi. Cuma ada 4 orang je tadi. Bukan 33 orang macam selalu. Sebab we all buat awal kan next week dah balik on the day the presentation will be. Tadi ada Gaya, Nisa, Mega and I. And lucky me Mr.Rooswadi sangat berpuas hati dan beliau tiada tanya soalan maut macam yang Gaya kena. ;)



Credit to Gaya for those pictures. Mula-mula ambil gambar I sorok-sorok heh sepak nak? hahaha yang belakang I tu lah Mr.Rooswadi. Easy going dan cerewet.

I tak tahu kenapa, tapi I rasa seronok sangat. Mungkin pasal tadi kot. ;)

Thursday, May 6, 2010

Macam cerita transformers, yg watak jahat tu lah. I mean,

Semester dah habes, banyak betul kenangan even tough the time is so limited. To conclude; I perlu lebih berfikiran positif after this biar semua yang telah terjadi, akan terjadi, bakal terjadi akan jadi positif jugak, yang buruk akan jadi baik, beransur pulih and jadi normal seperti biasa.

I mean, my life.

Bukan sekarang tak normal eh, I suka dengan keadaan sekarang. Cuma I feel I need to balancing the emotion, ultimately. Macam jangan cepat melenting, jangan cepat give up, jangan cepat gelabah, etc etc. Baik jangan baik sangat, percaya jangan percaya sangat, macam tu lah. Maksudnya bersederhana. I will try on it. Sebab at last, the more I give the less I get. So, I yang merana tak sudah-sudah.

Yang penting ikhlas.


Me, accompanied Nai on his graduation rehearsal.

Hehe bilik sangat bersepah sekarang. Mahu cuba tidur.

Thursday, April 8, 2010

If you are going to talk behind my back, at least pleaseeee have the nerve to say it to my face first.

As I stated in my fb status;
In every life time you just meet a person that is full of shit. Like this; depan senyum belakang dengki. Yang bodoh percaya terus tarik muka satu-satu.

Aku rasa tak perlu nak emo lebih sekarang ni sebab kau tak ada kepentingan dalam hidup aku. Yes, memang aku rasa depressed kenapa aku boleh ada kawan yang sengal dan tak ada akal nak fikir dengan sempurna. Sampai dah jadi taik ni pon aku sibuk lagi nak fikir pasal kau punya presentation esok.

Mungkin aku patut jadi lebih keras or apa? Tapi, hell lah. Aku masih fikir kau kawan aku!

Seriously, aku clueless. By this time aku boleh ignore kan benda ni, aku boleh terima apa sahaja kau nak buat pada aku. Buat lah apa-apa, panggil geng-geng atau abang budget macho atau apa-apa lah, tapi kau harus ingat, bila kau dah terang dengan semua benda, that means dah terlambat kita nak macam dulu.

Kalau tak faham jugak, memang sah bodoh.
Sekian, terima kasih.





Night Jogathon.

It was my first time involving with this kind of work-macam-budget-budget-urusetia-budget-aktif-punya-student lah, selama ni dok mengutuk je, but then I realize that I supposedly need to contribute something towards this college. Makin nak pindah, makin melampau perasan aktif pulak aku. Contohnya; sekarang ligat turun court main volleyball. =) Jangan jealous u allz cak cak cak,,

Oklah, benda ni bagus sebenarnya. Instead of boleh bercampur dengan macam-macam orang and for your leisure hour, I mean tak lah duduk terperap jaga kulit dalam bilik je during dull weekends kan,, at least we can gain something. Kalau bukan pengalaman, maka kenangan. Yes, I talk about kenangan. memories. Honestly, makin nak pindah, makin aku sayang nak pindah (hypothesis). There is something that I cant describe which is which yang buat Bangi ni macam special sangat!

Anyway, for the Night Jogathon I jadi urusetia, urusetia part PA System (konon-kononnya lah) tapi kerja I makan je. Kau boleh fikir lah kan, I ni setakat nak cucuk plug je reti lagi nak jaga PA System yang wayar berbelit mana ntah. Hahaha tapi thanks to Fit yang banyak bagi tunjuk ajar pasal ape benda nama benda tu aku tak ingat dah. hehe..

Bukti 1: Urusetia part PA System;

Bukti 2: Urusetia Part PA System;

Bukti 2: Urusetia Part PA System;
See! Tekun kan?? hahahaha dah kata dah, lepasni siapa nak I jadi DJ kerja kawen korang, silalah booking a.s.a.p ok! =)

Antara contestant yang participate; dalam banyak-banyak sekali ada I punya classmate. Johanji Ebin Johari. hehehe..


Anyway, I have so much joy on that night tapi I rasa kalau bukan pasal Mega, taklah I merasa nak jadi urusetia. Terima kasih Mega. =)

..Ain dan Mega..


ok last last, time untuk gedik. hahaha urusetia gedik!
hahaha~ peduli apa aku? ;p

Tuesday, October 13, 2009

Untuk 'dia' yang tersayang,

Tadi I dihantar pulang ke kolej oleh seseorang yang amat I sayangi dunia akhirat. Seseorang yang dah banyak didik I even dulu I rasa macam benci betul asyik kena marah je.

Dalam kereta tadi banyak betul yang kami bualkan. Perjalanan 2jam setengah rasa macam sekejap je. Dari isu adik-adik punya perangai yang mengada, yang karaoke 24jam, yang tidur bawah kerusi, garu sebab malas mandi, macam-macam lagi. Macam bahagia sangat dengan keletah semua orang. Ayah kata dalam adik-beradik, I lah yang paling kecoh, paling manja, paling sensitif, dan yang paling kaki bodek. Dari isu rumah masuk pulak bab kahwin, bab kerja, bab politik. Hehe..

Kalau nak duit lebih, minta dekat ayah sebab kalau minta dekat ibu mesti dapat duit ngam-ngam je. Kalau nak apa-apa direct to the point je sebab ayah tak de masa nak dengar isi tersirat. Hehe macam nak kereta, cakap je. Nanti dapatlah. =)

Sekarang I dah explore yang ayah memang minat perfume. Dalam bilik banyak betul koleksi perfume. Untuk rumah dan kereta ayah tak lupa nak pasang AmbiPure. Segala suiz dalam rumah, dalam bilik, dalam toilet semua dilekatkan AmbiPure. Bagi wangi.

Kalau nak diikutkan, I malas memasak tetapi I rajin mengemas. Sebabnya, dari I kecil I selalu tengok ayah kemas rumah sebelum dia pergi kerja. Maksud I bukan ayah kena queen control, tapi ibu memang dah pergi sekolah awal pagi lah kan, So sifat rajin berkemas tu ada dalam diri I compare dengan adik-beradik yang lain. hehehe..

Walaupun ayah muka tegang tapi ayah baik sangat. Sporting. Kalau dulu I takut nak cakap dengan ayah tapi sekarang I bebas nak cakap apa sahaja. Ibu kata ayah muka garang tapi hati lembut.

Untuk sem baru ni, I bersemangat nak pergi kelas sebab ayah hadiahkan beg yang cantik sangat. Terima kasih, ayah. Baru tadi I peluk cium ayah sebelum dia terus ke KL, tapi sekarang I rindu sangat dekat ayah.

Selamat Hari Lahir, ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
13 Oktober 2009, 55 tahun.
Angah sayang ayah. Muah!

Ini dia dua orang yang amat I sayang. Ibu&Ayah.
Macam comel sangat ibu&ayah sekarang sebab masing-masing
berlumba syiling siapa paling banyak. =)