Monday, February 21, 2011

Ini orang bodoh punya cerita

Yes, aku pernah update status facebook yang lebih kurang macam ni;

Boyfriend aku dah cukup bagus dan aku takde masa nak kacau boyfriend kau.

So, nak dijadikan cerita, malam tadi masa aku dengan nsk dinner, adalah makhluk tuhan ni call aku, dengan gelabahnya dia cakap awek dia terasa dengan status aku sampai status tu jadi salah satu sebab diorang clash. Aku dengan laparnya terus rasa angin dalam perut naik kepala, gua betul rasa nak meletup je dapat kawan bijak pandai, result UPSR PMR SPM nak gempak je, tapi kebodohan dia amatlah terserlah dengan status yang langsung takde kena mengena dengan dia pon. Yang call tu pon satu, dulu sebelum ada awek pandai plak nak call, ym, mms, sms aku segala tapi sejak dah ada awek senyapnya mengalahkan orang dah mati. Siap unfriend fb lagi. Aku boleh redha dengan kenyataan ini, sebab aku paham dia dapat awek yang stok cemburu buta 24jam.

Sebenanrnya aku pon tak paham motif dia. hahaha bila fikir balik, macam takde benda nak dikaitkan. Aku punya status aku punya suka lah, kau nak terasa hati pasal ape? Kau ada buat salag dengan aku ke? Tak psycho langsung. Gila ah ego aku memang membuak2 sekarang ni, so sorry lah gua nak slow talk dengan lu nak cerita satu-satu. Kalau kau nak, confront me! Jangan mulut je berani cakap.


Aku memang cukup pantang bila aku takde kena mengena tapi aku jadi kaitan ni, terus terang aku cakap, aku sikit pon takde rasa gelabah/ sakit hati/ cemburu pasal hubungan korang ni sebab yang jelas, aku langsung takde hati dengan boyfriend kau! Tapi paling jelas aku nampak kau tarik muka bila boyfriend kau berbual dengan aku masa raya lepas. Ke kau yang jealous dengan aku sebenarnyaa??


Lantak kau lah. Kalau kau rasa nak tarik muka/ putus kawan/ saman malu, terpulang lah. Sebab aku tak layan sampah.


Mungkin betul kata nsk, ramai yg jealous dengan aku. hahaha

p/s: Ada juga kawan aku yang remove aku sebab dia sangatlah syok sendiri perasan aku dok stalk fb dia je. Sebab dia dah clash ke ape jadah jenis status hubungan dia dengan kawan aku tu, dia remove aku. Wei kau ingat kau tu penting sangat ke dalam hidup aku? Gila perasan kau ni. Takde masa la aku nak bukak page kau tengok update status kau ape.. haha ni la yang dinamakan bodoh punya orang






Wednesday, February 16, 2011

project 2

as i wrote in my final year project report;
By hook or by crook this system will blablablabla

supervisor: awak ni nak tulis puisi ke report ni fiqa..? tak payah la benda2 ni semuaaa..(appointing tu the english phrase) ;p

hahahaha~

Tuesday, January 25, 2011

Masalah paling berat.

I hate this semester. Ini semester last i, final semester. Macam biasa student2 final year ada final project masing-masing, & so do me. Tajuk system i, Smart Clinic System for Klinik Reduan.

So far, apa yang boleh i cakap, i cukup stuck. I cuma boleh go with the flow & harap semuanya dapat disiapkan dengan jayanya. Sebab i pon tak tahu kenapa attitude i tak semenggah kalau nak dibanding dengan sem sem sebelumnya. Well, you know what, i have a veryyy bad attendance for this semester. I risau supervisor i yang baik hati tu blame i masa viva nanti.. sebab untuk project ni i baru sekali je pergi jumpa dia, tu pun sebab bagi hadiah kahwin. tehee tapi miss, saya malu gila nak jumpa miss sebab saya tak buat satu apapun....

i ada design interface untuk Klinik Reduan ni tapi i macam was-was je nak guna, punyalah colourful punya interface, tapi nama system dah habis serious dah, hahahaha



ini i design untuk interface login page and menu list.
i rasa cantik gila i edit.. macam berbakat gitew. ;p

design punya design sebenanrnya i sendiri tak tahu nak guna database apa, server apa, interface apa. kuang3, finally aku bedal je la xampp (php+apache), dreamweaver. i pon tak tahu boleh ke tak guna ni, tapi harap-harap boleh...

so far, my best lecturer is You Tube yawww sebab kau tahu nyah, lectures i mostly theory tau, practical takde. So insan-insan yang lembab macam i ni memang la terkial-kial nak identify software yang patut diguna, server tu apa, localhost apa gitew la lebih kuranggg..

sebenarnya i tak tahu apa point i di sini, cuma i nak kata, i harap semester ni punya pointer akan tetap Dean's List lagi.. i rasa memang jatuh mendadak disebabkan project-banyak benda tak siap lagi & game theory-baru chapter2 tapi next week dah study week dah & os-ni sebab lect suka bagi soalan pelik2. Risau aku!


ni i freelancing sempena pakwe i jadi project manager untuk dinner jabatan dia.. suka-suka buat, & weyh, memang jadi banner rasmi dinner, i design bunting sekali tau! ;p

so, apa i nak buat lepas habis belajar ni? kawan i tanya. so, i jawab; jadi cikgu sandaran kot. dia cakap lagi; ha, jadi cikgu sandaran? aku nak kerja kat msc. Dalam hati i; ek eleh, buat simple coding "Hello World" pon salah, ada hati nak berlagak nak kerja msc? kelautttt

lagi satu, setakat copy paste coding untuk system kau, aku rasa better kau jangan nak megah sangat la wei, lepastu tak payah dok perlekeh aku. aku rasa puas hati sebab aku buat atas usaha sendiri..

ok bye.
p/s: best la cerita step up 3d ni. hilang bosan i!







Thursday, December 16, 2010

Rest In Peace....

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 59 tahun dirawat di Hospital Ampang Puteri, Selangor kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Petang semalam, Bernama melaporkan Allahyarham berada di dalam keadaan stabil. Menurut agensi berita itu, Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat BN itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan kerana perlu menjalani rawatan lanjut.

Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata, Allahyarham menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia (1987-1993). Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Leftenan Kehormat Angkatan Relawan (Rela) sejak 2006. -MediaUMNO



Thursday, December 2, 2010

mana ada orang melawat orang sakit 4jam kan, bukan kunci kereta kau attach sekali dengan kunci motor and kunci rumah ke? takkan lah setakat melawat nak pakai kasut, macam nak naik genting je, aku tak bodoh, aku tak buta & aku tak pekak ok.